h1

FACEBOOK – pro dan kontra.

April 3, 2010

pix_gal0

Perangkaan terbaru menunjukkan ada lebih 350 juta ahli Facebook di seluruh dunia, manakala di Malaysia seramai 4.2 juta, iaitu kesembilan paling ramai di dunia dan lebih 80 peratus daripadanya berumur di antara 18 hingga 44 tahun.

Ada yang melihat kehadiran gelanggang untuk bersembang tanpa batasan sempadan geografi, bahasa, bangsa dan budaya, ini sebagai negatif kerana dianggap boleh merosakkan sahsiah diri penggunanya, tetapi hakikatnya ia juga mampu membina ruang yang lebih terbuka untuk masyarakat dunia melontarkan pendapat secara telus lagi terbuka.

Justeru, tidak hairanlah kebanyakan pengguna jalinan media sosial yang terhasil daripada teknologi berinternet ini turut menambat perhatian golongan profesional dan pemimpin dunia sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mempunyai lebih 80,000 peminat di Facebook.

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan segala macam kelebihan pada ruang maya, pelbagai jenayah dan masalah sosial juga dilaporkan meningkat ekoran ketiadaan kawalan dalam melayari laman sesawang, sekali gus menyumbang kepada keruntuhan akhlak individu dan institusi rumah tangga.

Bagi mengelak berlakunya perkembangan negatif dalam Facebook, setiap individu wajar mengehadkan dan mengurangkan perbincangan remeh-temeh peribadi kerana ia membuang masa selain interaksi secara bebas mampu memberi kesan negatif kepada perkembangan personaliti setiap individu.  Tepuk dada tanya minda.

Sumber:Berita Harian

h1

GABUNGAN ICT DAN P&P GIAT MINAT PELAJAR

March 27, 2010

 

Sekolah tidak ada pilihan melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan keterampilan ICT untuk diterapkan dalam proses p&p. 

Maka, pembabitan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan sataf adalah menjadi teras utama.  Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses p&p.

Penngabungan ICT dalam p&p memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus.  Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terbabit dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi p&p.

Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses p&p kurang berkesan.

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam p&p bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.  Penggunaan teknologi mesti digabung jalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada p&p.

Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICt secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam p&p (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Sumber: Pendidik, Disember 2008.

h1

Sarapan Amal

March 20, 2010

banyaknya hadiah

cabutan bertuah

sila manjamu selera

pelajar bersenam

 

Baharu-baharu ini SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah mengadakan sarapan amal yang bertujuan untuk mengutip dana bagi pembangunan sekolah dan pelajar.  Selain itu ia juga untuk menambah bilangan komputer di dalam perpustakaan.  Secara tidak langsung ia menanam budaya ICT dalam kalangan pelajar.  Ia sama seperti Hari Kantin dan pelajar dimestikan membeli kupon.  Kupon ini ditukar dengan bersamaan nilai makanan pagi itu.  Untuk memeriahkan majlis ini diadakan cabutan bertuah.
h1

REKOD PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

February 27, 2010
  • Mata Pelajaran:  Bahasa Melayu
  • Kelas :  4 Akaun
  • Bilangan murid:   33 orang
  • Masa:    1050 –  1210 tengah hari
  • Tajuk :   Karangan –  Perbincangan “Vandalisme dalam kalangan remaja”.

Pengetahuan Sedia Ada

  1. Pelajar melihat kerusi dan meja pelajar patah dan dikumpulkan di stor sekolah
  2. Pelajar melihat dinding sekolah diconteng.

Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran, pelajar-pelajar dapat

  1. menyatakan maksud vandalisme
  2. menerangkan sebab-sebab pelajar-pelajar melakukan vandalisme
  3. menghuraikan kesan-kesan vandalisme
  4. cara-cara mengatasi vandalisme

KBKK:  Membuat keputusan, mengkategori dan membuat rumusan.

BBM:  Bahan edaran stensilan,

Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set Induksi(5 minit) Guru menunjukkan kaki kerusi yang patah dan contengan dinding dalam kelas .Guru bertanya sebab kaki kerusi patah. Guru dan pelajar bersoal jawab

.Guru menayangkan gambar-gambar yang dikutip melalui LCD

.Guru mengaitkan dengan topik hari ini

Kaedah:TKP: Linguistik, Interpersonal

KBKK: Menjana idea

Nilai:  Bersyukur

PerkembanganLangkah 1

(5 minit)

Maksud vandalismeGejala merosakkan harta benda awam .Guru menyoal serta menerangkan maksud  vandalisme Kaedah:Soal jawab
Langkah 2(15 minit) Sebab-sebab vandalisme.Pengaruh rakan sebaya

.Stres

.Pengaruh media massa

.Guru menyoal dan jawapan pelajar dikaitkan dengan isi hari ini..Guru mengulas semua jawapan pelajar dan mengaitkan dengan topik  hari ini Kedah:Soal jawab

KBKK:

Membuat keputusan

Nilai:

Berani Mencuba

Langkah 3(15 minit) Kesan-kesan vandalisme.Kerosakan harta benda

.Menjatuhkan imej Negara

.Menambah perbelanjaan Negara untuk membaik pulih

.Guru menyoal dan jawapan pelajar dikaitkan dengan topik hari ini.Guru mengulas semua jawapan pelajar dan mengaitkannya dengan topik hari ini  
Langkah 4(15 minit) Cara mengatasi vandalisme.Penguatkuasaan undang-undang

.Kaunseling

.Keagamaan

.Guru menyoal dan jawapan pelajar dikaitkan dengan topic hari ini.Guru mengulas semua jawapan pelajar dan mengaitkannya dengan topik  hari ini  
Penutup(5 minit) Rumusan  dan menulis semula karangan .Guru merumuskan topik  hari ini dan mengarahkan pelajar membuat latihan yang diberi.Pelajar menaip jawapan menggunakan microsoft office

(20 minit)

Kaedah :Penulisan
h1

Celik komputer, pelajar berjaya…

February 17, 2010

Kompleks Pendidikan, 10 Februari 2010

Satu kursus komputer telah dijalankan di Makmal Komputer, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary pada hari Khamis lalu.  Kursus sehari ini telah dihadiri oleh guru-guru Jabatan Bahasa sekolah ini.  Walaupun singkat tetapi kursus ini memberi manfaat yang bukan sedikit kepada guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Dalam kata alu-aluan semasa merasmikan kursus ini Penolong Kanan Pentadbiran gembira dengan inisiatif yang dijalankan oleh jabatan ini.  Beliau juga berharap maklumat yang diperolehi daripada kursus ini akan dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.  Semua ini adalah untuk kepentingan pelajar-pelajar sesuai dengan arus globalisasi yang mementingkan kepada IT.  Beliau juga kagum kerana ini adalah kursus yang pertama kali diadakan yang seumpamanya.

           Antara objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada guru-guru bahasa untuk menjadikan teknologi maklumat sebagai wadah untuk pengajaran dan pembelajaran.  Dalam masa sama, guru-guru cuba menyahut saranan Menteri Pelajaran agar semua guru celik IT.  Selain itu, para guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan bukan tertumpu hanya chalk and talk sahaja.  secara tidak langsung pengajaran pada hari itu tidak membosankan dan kelas menyeronokkan. 

           Pembimbing pada kursus tersebut ialah Puan Ajar, guru IT yang berpengalaman di sekolah ini.  Beliau telah menyediakan modul sesuai dengan guru-guru yang baru berkenalan dengan komputer.  Beliau juga sering mengingatkan guru agar tidak takut dengan alat elektronik ini dan jangan takut salah.  Prinsipnya mudah sahaja belajar daripada kesalahan.

          Beberapa orang guru yang ditemubual selepas kursus ini, rata-rata mengatakan kursus ini amat besar maknanya.  Encik Shahidan (53 tahun),  menyatakan kini beliau tidak lagi takut dengan komputer.  Walaupun komputer ada di rumahnya tetapi segala kerja-kerjanya dilakukan oleh anak-anak dan isterinya.  Atas keyakinannya kini beliau sudah boleh membantu rakan-rakan jika perlukan pertolongan mengendalikan komputer.  Apatah lagi, kini beliau seorang jawatan kuasa peperiksaan  yang memerlukan beliau berhadapan dengan kerja-kerja pengkomputeran. 

          Seorang lagi guru yang ditemui ialah Puan Zaiton (40 tahun).  Beliau mengatakan adanya kursus ini menggerakkan beliau untuk cekap menggunakan komputer.  Kini, semua soalan ujian dan peperiksaan ditaip dengan menggunakan komputer.  Dalam masa yang sama, beliau adalah seorang guru biasiswa, maka kemahiran menggunakan komputer telah menjadikan beliau cekap dalam tugas-tugasnya.  Al-Bukhary

h1

SYAIR MALAYSIA MERDEKA

February 17, 2010

31 Ogos Malaysia merdeka

Negara maju aman sentosa

Terhindar dari miskin dan lara

Rakyat tebela dari bahaya.

               Malaysia maju dan jaya kini

               Penggunaan IT, arus globalisasi

               Penggerak utama Perdana Menteri

               Seluruh dunia nama dikenali.

50 tahun Malaysia kini

Maju pertanian tak lupa industri

Kaum pelbagai kekayaan dikongsi

Cemerlang, gemilang, terbilang diwarisi. 

(Syair ini telah dilagukan pada malam Di Ambang Merdeka 2006)

h1

PENGARUH KOMPUTER DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

February 17, 2010

Dunia hari ini semakin maju dengan sistem jaringan teknologi komputer.  Setiap individu yang berkebolehan dapat menggunakan kemudahan akses dan ruang capaian tanpa mengira status, umur, gender, dan kaum. Golongan yang paling cepat memanipulasikan kemajuan teknologi komputer ialah remaja dan kanak-kanak.  Sebagai ibu bapa, pernahkah kita terfikir apakah yang dibuat oleh anak-anak kita dengan komputer yang kita beli untuk kegunaan mereka, mahupun kegunaan seisi keluarga?  Secara umumnya, kanak-kanak menggunakan komputer untuk bermain permainan komputer.  Permainan komputer merupakan subjek yang paling menarik perhatian kanak-kanak dan menyeronokkan.  Kajian pakar-pakar psikologi kanak-kanak dan pediatrik juga mendapati bahawa permainan-permainan ini mendatangkan kesan sampingan yang mungkin tidak pernah kita jangkakan.  Kanak-kanak akan menjadi lebih agresif dan cenderung untuk bertindak ganas.  Mereka dengan mudah terikut-ikut gaya berlawan yang ditonjolkan melalui watak-watak dalam permainan itu.

          laporan kajian juga turut melaporkan bahawa kanak-kanak menggunakan komputer untuk melayari laman web.  Laman web merupakan aplikasi dalam teknologi internet yang paling utama dalam memaparkan maklumat, ilmu, hiburan, dan komunikasi.  Melayari laman web sekarang ini lebih menyeronokkan berbanding dengan menonton televisyen.  Namun apa yang mebimbangkan ialah kandungan    atau pengisian laman web yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.  Timbul persoalan bagaimana kita hendak menyekat maklumat-maklumat ini daripada sampai kepada kanak-kanak?

           Kanak-kanak turut menggunakan komputer melalui medium komunikasi sam ada menggunakan e-mel atau IRC.  K0munikasi menerusi internet dianggap olah kanak-kanak sebagai mustahak untuk sentiasa berdampingan dengan rakan -rakan mereka yang jauh.  Malah, kanak-kanak berupaya membina jaringan sosial maya menerusi internet dengan teknologi komunikasi.  Kesan-kesan negatif akibat daripada pendedahan kepada teknologi komputer dan internet terlalu awal di peringkat kanak-kanak atau dalam jangka masa lebih lima jam petut kita ketahui.  Kita  juga sebenarnya memerlukan satu  program pembangunan pengisian komputer dan internet yang sesuai untuk kanak-kanak.  Pemabagunan perisian komputer, pembinaan laman web, dan aplikasi sokongan lain yang sejajar lagi berkualiti untuk kanak-kanak wajar dimulakan.  Jika tidak, kanak-kanak akan selamanya bergantung pada sumber yang dikususkan untuk orang dewasa.  Mahukah kita melihat anak-anak kita dewasa sebelum waktunya?