h1

Celik komputer, pelajar berjaya…

February 17, 2010

Kompleks Pendidikan, 10 Februari 2010

Satu kursus komputer telah dijalankan di Makmal Komputer, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary pada hari Khamis lalu.  Kursus sehari ini telah dihadiri oleh guru-guru Jabatan Bahasa sekolah ini.  Walaupun singkat tetapi kursus ini memberi manfaat yang bukan sedikit kepada guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Dalam kata alu-aluan semasa merasmikan kursus ini Penolong Kanan Pentadbiran gembira dengan inisiatif yang dijalankan oleh jabatan ini.  Beliau juga berharap maklumat yang diperolehi daripada kursus ini akan dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.  Semua ini adalah untuk kepentingan pelajar-pelajar sesuai dengan arus globalisasi yang mementingkan kepada IT.  Beliau juga kagum kerana ini adalah kursus yang pertama kali diadakan yang seumpamanya.

           Antara objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada guru-guru bahasa untuk menjadikan teknologi maklumat sebagai wadah untuk pengajaran dan pembelajaran.  Dalam masa sama, guru-guru cuba menyahut saranan Menteri Pelajaran agar semua guru celik IT.  Selain itu, para guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan bukan tertumpu hanya chalk and talk sahaja.  secara tidak langsung pengajaran pada hari itu tidak membosankan dan kelas menyeronokkan. 

           Pembimbing pada kursus tersebut ialah Puan Ajar, guru IT yang berpengalaman di sekolah ini.  Beliau telah menyediakan modul sesuai dengan guru-guru yang baru berkenalan dengan komputer.  Beliau juga sering mengingatkan guru agar tidak takut dengan alat elektronik ini dan jangan takut salah.  Prinsipnya mudah sahaja belajar daripada kesalahan.

          Beberapa orang guru yang ditemubual selepas kursus ini, rata-rata mengatakan kursus ini amat besar maknanya.  Encik Shahidan (53 tahun),  menyatakan kini beliau tidak lagi takut dengan komputer.  Walaupun komputer ada di rumahnya tetapi segala kerja-kerjanya dilakukan oleh anak-anak dan isterinya.  Atas keyakinannya kini beliau sudah boleh membantu rakan-rakan jika perlukan pertolongan mengendalikan komputer.  Apatah lagi, kini beliau seorang jawatan kuasa peperiksaan  yang memerlukan beliau berhadapan dengan kerja-kerja pengkomputeran. 

          Seorang lagi guru yang ditemui ialah Puan Zaiton (40 tahun).  Beliau mengatakan adanya kursus ini menggerakkan beliau untuk cekap menggunakan komputer.  Kini, semua soalan ujian dan peperiksaan ditaip dengan menggunakan komputer.  Dalam masa yang sama, beliau adalah seorang guru biasiswa, maka kemahiran menggunakan komputer telah menjadikan beliau cekap dalam tugas-tugasnya.  Al-Bukhary

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: